Metamorfosis 2 - Andai Jiwaku Kau Selami…

Andai dia tahu mengapa aku begitu, pastinya tidak begini jadinya. Namun manusia namanya itu, pasti tidak lari dari mencurigai. Apa yang tenang dipermukaan, rupanya ada yang sedang bergelora disebaliknya. Aku cuma mampu mengimpikan…

"Andai jiwaku ini kau selami, pasti ketenangan di permukaan itu adalah kerana dasarnya juga tenang. Andai jiwaku ini kau selami, pastinya tidak begini jadinya. Pastinya kau menutup matamu, merasai kehangatan nafas menjana jantung yang semakin pantas mengalirkan darah keseluruh pelusuk tubuhmu. Liang-liang roma berontak. Mulutmu terbuka melepaskan hawa. Tapak tanganmu mula berpeluh. Tanganmu mengapai dan mencapai. Pernafasanmu bercelaru. Kau gelojoh menagih udara. Kau mau menjerit. Kau mahu mencapainya. Kau mahu disentuh berulang. Kau mahukan lebih, kau mahu menjerit…kau mau menjerit…fikiranmu sesat entah ke mana. Jiwamu melayang-layang seperti ditiup angin…kau tak mahu ia berakhir…kau tak mahu ia berakhir…

…itulah sentuhan keikhlasanku, andai jiwaku ini kau selami…andai jiwaku ini kau selami…"

Namun manusia namanya itu, pasti tidak lari dari mencurigai…dan dia itu tersenyum puas…esok pastinya berulang.

4 Responses to “Metamorfosis 2 - Andai Jiwaku Kau Selami…”

  1. chik Says:

    Assalamualaikum.
    Some thoughts:
    Firstly, great writing - dark…you are inspired!
    Manusia - curiga, kasih, rindu, cemburu… semuanya sebahagian darinya. Mungkin dia curiga bersebab, maka bagilah dia sebab untuk mempercayai. Dan mugkin juga kesempatan untuk menyelami jiwa anda juga tiada. Cuba adakan, kalau boleh…?
    Last but definitely not least - ke mana lagi segala jiwa yang resah, yang merana, hendak dibawa jika tidak kepadaNya? Tunduk, mohon, rayu dan mengharaplah padaNya sebagaimana layak seorang hamba terhadap TuhanNya…
    Harap selamat sentiasa. Wassalam.

  2. Helmy Says:

    Mengharap itu meluluhkan.
    Mengharap itu mengkhianati keikhlasan.

  3. sARah Says:

    bukankah harapan itu permulaan kehidupan?
    bukankah harapan itu menginjak usaha?
    bukankah kerna harapan baru wujud kegigihan?
    adanya harapan tercetus keinginan?

  4. Helmy Says:

    bukankah permulaan kehidupan itu menandakan detik bermulanya perjalanan menuju kematian?

    ah…aku terlalu jauh merayau…maaf.

Leave a Reply