Aku perlu…
"Ini akan membunuhku." Itu selalu bermain dalam kepalaku setiap kali aku menyalakannya. Namun, sehingga kini, walaupun kenyataan itu sudah sebati dengan diri, aku masih belum mampu berhenti. Aku terus membiarkan jantungku dilumuri tar dan kepalaku dicemari nikotin.
"Kematian itu datang dalam pelbagai cara. Tidak semestinya aku mati kerana ini." Itu juga jawapan yang sering menyusuli. Sebahagianku yang lain senyum memikirkan tentang jawapan yang lemah itu.
Aku mencari sesuatu yang mampu memberikan aku kekuatan untuk menolak. Dan semakin aku mencari dan memikirkannya, aku sedar dan semakin percaya: Merokok akan membunuhku…
Aku perlu berhenti! Ada sesiapa yang ada jawapannya?
Aku dan satu lagi kelemahanku…
July 25th, 2006 at 6:46 pm
Kerajaan pun dah bgtau “Merokok membahayakan kesihatan”. Kalau kat kotak tu sendiri dah tertulis, tapi tak jadikan peringatan, payah gak
July 26th, 2006 at 7:12 am
Salam.
Aku perlu jawapan, bukan celoteh yang boleh aku dapat - kalau mahu - dari ibuku sendiri. :p
July 26th, 2006 at 10:10 am
Follow this link:
http://www.givingupsmoking.co.uk/home/
July 26th, 2006 at 11:52 am
Goshhhh i need to stop, not read more on how to stop! Thanks anyway Amy
July 26th, 2006 at 3:27 pm
Berpuasa? Sekurangnya tak merokok di waktu siang atau cari alternatif. Bila terasa nak merokok, chew gum atau makan sweets atau…apa-apalah.
Sekadar cadangan. Jawapan di luar kemampuan.
July 26th, 2006 at 10:25 pm
Same here Helmy! I need to bid farewell to fagassi too. We gotta quit cold turkey dude, that’s the only way to teach us a lesson for starting in the first place. Let me know if u find success in your quest and I’ll follow suit!
July 27th, 2006 at 1:33 am
do whatever u want to do..
death? while we are sleeping as well we can passed away. enjoy smoking..