Pak Samad dan Dunianya…

Pernah saya bertanya kepada Pak Samad samada dia membaca kesemua buku-bukunya itu. Dia tersenyum. Cas_113 Kalau di kira usianya dan dibahagi dengan jumlah koleksi bukunya, saya tidak menjumpai jawapan yang munasabah. Dari koleksi bukunya yang ada di 3 buah rumah - Ampang, Bangsar dan Subang Jaya (yang kebanyakkannya saya simpan kini) - satu persoalan lain timbul: Berapa jumlah wang yang Pak Samad belanja selama ini? Cas_114

Kini, buku-buku koleksi Pak Samad - di Ampang - sedang dalam proses dikumpulkan, dibersihkan, direkodkan dan yang sama akan dilakukan di Bangsar dan Subang Jaya oleh pihak Perpustakaan Negara yang akhirnya menunjukkan minat dan komitmen untuk memperolehi koleksi ini untuk disimpan - pelihara - dan dikaji.Cas_122

Saya agak sedih dan kesiankan Pak Samad kerana terasa akan kesedihannya melihat koleksinya akan berpindah tangan. Buku-buku ini bolehlah dikatakan sebagai apa yang membentuk dirinya kini. Namun kemampuannya membeli buku-buku yang sebegini banyak tidak mengizinkannya mampu memeliharanya - kecuali yang ada di Bangsar. Cas_133

Harapan saya - dan mungkin juga Pak Samad - adalah agar koleksi ini akan dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang dalam apa jua kajian yang dilakukan kelak.

Dalam saat-saat sebegini saya tersedar akan satu lagi kekuasaan Yang Maha Esa. Buku-buku yang sebegini jumlahnya bagaimanakah dimuatkan dalam sebentuk otak?Cas_128

Ah, aku ini tidak habis-habis mencari logik…

Nota: Al-Fatihah buat Allahyarham Hani Mohsen - 25 Julai 2006. Dia berusia 41 tahun…

4 Responses to “Pak Samad dan Dunianya…”

  1. Nell Says:

    Wah! Mmg seronok kalau jumpa mini library ni. Sama la mcm koleksi buku Pak Habib di JBaik. Kini anai-anai bertungkus-lumus buat kerja merekod sambil makan buku2 tu.

  2. SWeEtChiLd Says:

    banyaknye buku! sure buku tu ada yg dah berusia berpuluh puluh tahun.Teruja chin tgk org yg suka membaca kerana chin sendiri bukan jenis mcm tu :)

  3. SWeEtChiLd Says:

    banyaknye buku! sure buku tu ada yg dah berusia berpuluh puluh tahun.Teruja chin tgk org yg suka membaca kerana chin sendiri bukan jenis mcm tu :)

  4. Jiwa Says:

    ermp .. .. sejujurnya Jiwa tak terkejut dgn khazanah buku Pak Samad .. .. sudah menduga dr mula .. .. cuma kalaulah ada peluang utk menatap dan mendalami buku buku tersebut alangkah indahnya .. .. semoga ianya diwarisi dgn sebaiknya .. .. ermp .. ..

Leave a Reply