‘It will sound stupid, if I speak Malay’
“Saya tidak menghina bahasa Melayu. Apa yang saya maksudkan lebih mudah
untuk saya meluahkan rasa dalam bahasa Inggeris. Saya tidak mahu orang
sakit hati mendengar kerana saya kurang fasih berbahasa Melayu.” - Sharifah Amani.
Dalam hal ini, saya tidak terkejut jika orang yang terkejut dan marah atas kenyataan tersebut lantas meluahkan kemarahannya itu akan dikatakan kolot. Malah, pasti ada yang menuduh kita terlalu sensitif hingga melatah kerananya - ini telah berulang saya alami.
Bagi saya, Sharifah Amani telah "mengejutkan" kita yang selama ini menganggap bahasa Melayu itu semulajadi dalam diri kita dan tidak begitu mengendahkannya, apalagi mendalami mempertajamkannya. Saya membayangkan kebun atau dusun yang terbiar dan tidak diendahkan, pastinya akan bersemak dan kalau tidak bernasib baik, ada sang harimau atau ular sawa yang melingkar… menanti, menerkam atau membelit dan memakan/menelan tuan punya kebun/dusun yang selama itu tidak buat apa-apa, tetapi bila musim buah rajin pula meredah semak. Bila ini terjadi, gempar di media (termasuk blog!) maka tercetuslah kesedaran lantas kebun-kebun dan dusun-dusun mula ditebas oleh tuan-tuan kebun/dusun - dan sang-sang harimau/ular-ular sawa pun merungut terpaksa berpindah ke dalam hutan berhampiran.
Saya sebenarnya berterima kasih kepada Sharifah Amani. Dia boleh saja sebagai pembuka kata menyatakan, "Maaf, saya berbahasa Inggeris..," tetapi tidak. Dia perlu menyatakan, ia akan kedengaran sumbang jika dia berbahasa Melayu. Dan kerana kenyataannya itu - serta seruan revolusi mencemar budaya - kita tercelik, "APA HAL?" jerit hati. Selama ini jika bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan - tetapi tidak kebanggaan - diperlekeh dengan tidak begitu diambil berat, kini sekurangnya ada menteri yang rasa terhina dan berdukacita. Saya harap juga YB menteri-menteri sedar ini bukan "jarum dalam timbunan rumput kering". Ini berleluasa - ramai bangsa Melayu menganut dan mengagungkan bahasa Inggeris dan menolak bahasa ibundanya sendiri. Buktinya mudah - ‘It will sound stupid, if I speak Malay’.
* Saya tidak rentan, saya benar-benar berterima kasih kepada Sharifah Amani - "U Rawk babe!"
**Kini ego saya - menulis dalam bahasa Melayu sedangkan dalam kepala berbahasa Inggeris - terubat, sedikit…
August 15th, 2006 at 6:24 pm
saya pun tak melatah dgn pekara mcm ni. Bagi chin dia mengakui apa yg dia tak boleh buat. Drpd nanti dia tergagap dan membalik balikkan bahasa, pasti isu lain pulak yg terbangkit. Sekurangnya dia brani memberi kenyataan ttg kekurangan dirinya. Tak jadi masalahkan??
*she will b the next star!
August 15th, 2006 at 6:56 pm
Benar, saya tahu dia ikhlas, tetapi oleh sebab bahasa Melayunya “sak”, kata-kata bercelaru (mungkin juga sebab terlalu riang menang) hingga menyinggung.
Tapi saya rasa dia menipu…she sounds “great” berbahasa Melayu apabila berlakun dalam filem dan iklan…oh lupa…ada skrip :p
August 16th, 2006 at 4:14 pm
dia ikhlas tetapi jika dia betul-betul seorang anak seni, dia perlu tahu bahawa rakyat malaysia pemaaf. Mereka akan memaafkan jika bahasa melayu anda kucar-kacir, tapi agak sukar untuk memaafkan mereka yang tidak menyanjungi bahasa itu.
Saya juga pemaaf. Saya tahu manusia sentiasa melatah. Tetapi ini bukan latah pertama sharifah armani. Dan sebenarnya dia bangga dengan latah-latahnya itu
August 16th, 2006 at 7:33 pm
Pelatah selalunya ada “tukang cucuk”…siapa ya…
August 16th, 2006 at 11:04 pm
I think her justification was well-thought of, backed by her mom Cikgu Fati (AF)but still…. excited ke tak, young or not, pandai-pandai la mind ur language. And she only made herself sound, well…stupid and a bit ditzy.. for saying that anyway, bet she regrets it!
August 21st, 2006 at 8:58 am
salam..
ramai yg teruja.. ramai yg tersentak.. ramai yg baru terjaga dari tido.. tapi itulah realiti nye.. bila bahasa melayu di anggap tidak penting dlm kehidupan seharian… bagi kes sharifah amani ni.. dia boleh mengguna kan pemulaan kata yg lebih elok.. tapi itu lah mungkin terlalu eksited atau teruja.. atau leh kepada gubra.. maka terhasillah perkataan yg tidak sesusai… jadi adakah anak muda kita nanti akan terus sebegini.. renung2 kan lah…