Duit…
Hari ini saya terjaga agak awal - telefon bimbit tidak henti berbunyi. Fikiran masih entah di mana bila saya bercakap dengan seorang pegawai bank. Semalam dia faks surat bank yang menyatakan ada "discrepancies - late presentation" dan di para atas "our refusal of documents and in accordance bla bla bla". Saya menginyakan saja - LC ini benar memakan masa saya.
Selepas mandi, kafeina dan nikotina, saya mula merasai kewarasan itu berlabuh. "Our refusal…" tetapi, sejam selepas itu klien menelefon dan menyatakan mereka menerima "discrepancies of late presentation" dan mengarahkan bank mereka meneruskan transaksi - wang akan dikreditkan dalam akaun esok, lusa, siapa tahu apa pula selepas ini.
Ah duit…membuatkan kepalaku pusing…dan ia tak pernah mencukupi!
August 21st, 2006 at 9:01 am
salam..
biasa lah duit.. cam dlm satu lirik lagu tu.. zaman ini zaman duit ..takde duit diri tersepit.. jgn jadi hamba duit.. nanti rosak diri sendiri.. yeha.. rock uu
August 21st, 2006 at 9:38 am
Salam.
kau tengah Rap ke atau Berdikir ni Edex?
August 22nd, 2006 at 8:52 pm
salam…
sekali syair arab daaa!!!!