Firasat II
Hatinya terhiris dan jiwanya gerhana
drakula berpesta darah di bumi Palestina
Dia terlalu selesa di sini
khayal kafeina dan nikotina
sedangkan di sana
peluru dan bom mesra menerjah
membakar apa saja di bumi Palestina
angkara nafsu drakula yang membara
yang mabuk darah
yang sedang berpesta.
Dia,
hanya melihat tangan anak-anak Palestina terkulai
memberi makna di sebalik timbunan batu-batu
dengan secawan kopi dan sebatang rokok
dengan sekeping hati yang kononnya terhiris
dengan sebentuk jiwa yang kononnya gerhana
dan sebuah minda yang sepatutnya berkisar
di alam yang seharusnya siuman ini.
Dia gila…
Kau bagaimana?
August 17th, 2006 at 11:54 pm
Sedih melihat
Orang disana menderita sedangkan aku di sini selesa
Mahu saja kisah dongengku
Membawa diri dan membantu
Menghayun parang dan M-16 di kedua tanganku
Dan melaungkan khalimah suci
Demi merestui diri.
Dan
Menghembus doa agar yang cacat, sempurna semula
Yang mati, hidup dan berjuang bersama
Yang runtuh, bangun megah.
Tapi itu semua dongengkan?
Bukan gila?
Hanya aku di sini mampu meluahkan,
Menghulur sekeping dua nota biru
Dan doa mengiringi pilu.
Itu aku…