MI:56

Babak Klimaks

Hero: Akhirnya kita bertemu juga!
Penjahat: Ya, akhirnya…bersedialah engkau!
Hero: Nanti dulu! Sebelum nyawamu terbang, boleh beritahu mengapa?
Penjahat: Mengapa apa?
Hero: Mengapa kau membunuh mereka itu?
Penjahat: Oh, senang…kerana mereka kelihatan bodoh bila berbahasa Melayu…
Hero: Hah?
Penjahat: Ya! Mengapa? Tak percaya?
Hero: Hanya kerana itu?
Penjahat: Ya. Mengapa? Tak percaya?
Hero: Mengapa kau menolak mereka dari tingkat 56? Tidak 7, 11, 13, 19, 22 atau 41?
Penjahat: Mmmmm menarik nombor-nombor tu (sambil keluarkan buku nota dan mencatat nombor-nombor yang disebut hero).
Hero: Hey! Aku bertanya ni…
Penjahat: Oh, tingkat 56 ini udaranya lain - lebih nyaman! Dan, permandangannya menarik. Aku suka lihat Genting Highland sebelum menolak mereka.
Hero: Kau gila! Bukankah lebih senang kalau kau tembak atau langgar saja mereka?
Penjahat: (Dengan wajah sedih) Aku tak ada lesen pistol dan memandu…

Berlaku pergelutan…akhirnya Hero ditewaskan…

Penjahat: Apa pesanan akhirmu? (Sambil menolak Hero ke sisi tingkap.)
Hero:   Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa…
Penjahat: Ohhh…(sambil berlinangan airmatanya.)

Hero sedar Penjahat sedang emosional. Dengan mengerah saki-baki tenaga yang ada, dia memusingkan tubuhnya sambil tangannya memulas dan memicit pergelangan tangan kiri Penjahat (Hero belajar Akido dengan meminati filem-filem Steven Seagal) dan…

Hero: Apa pesanan akhirmu?
Penjahat: (Gugup terkejut dan kesakitan kerana tangannya terpulas) Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, dua tiga boleh kucari, mana nak sama si Hero seorang?
Hero: Huh, lawak bodoh! (Lalu menendang penjahat)
Penjahat: Arghhhhh…(melayang melepasi tingkap) Apa salah kuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…..
Hero: You sound stupid, when you speak Malay….

*Maaf ambil babak klimaks saja dan skrip longgar.

**Sebenarnya saya sendiri keliru siapa Hero dan siapa Penjahat…

One Response to “MI:56”

  1. Dr Nell Says:

    Hahaha…ini lagi satu blog yg letak skrip pendek yang ada gabungan fiksyen + realiti. Here’s another;
    http://amirhafizi.blogspot.com/2006/07/how-to-improve-malaysian-education.html

Leave a Reply