Untuk “Buffet” atau tidak…
Minggu lalu saya ditanya, "Mengapa makan sikit saja? Rugilah..," oleh salah seorang makcik saya - saya ada dalam 20 makcik.
Saya
dijemput berbuka puasa di sebuah kelab - ini sudah seakan "ritual"
setiap kali Ramadhan - oleh salah seorang makcik saya yang bermain
golf. Saya sebenarnya tidak suka berbuka puasa secara "buffet". Saya
tidak biasa dan tidak amalkan mengisi perut hingga sendat dengan
bervariasi makanan. Arwah datuk dulu sering berpesan dan terima kasih
kepadanya, kini saya "jarang" makan hingga sendat usus perut - kenyang
- dan tidak perlu ENO atau Alka Seltzer. ("Jarang" kerana sesetengah
tempat menyediakan makanan yang bahagiannya agak besar - dan masa ini
tercari ENO atau Alka Seltzer!)
Saya juga rasa "buffet" itu
sesuatu yang harus dielakkan oleh umat Islam. Makanan yang banyak dan
bervariasi dengan bayaran yang dikenakan agak tinggi, ia menggalakkan
kita makan, makan dan makan kerana selain dari mengisi selera nafsu
yang terkobar, ia juga melahirkan satu pendirian, "Aku dah bayar mahal,
takkan nak makan sikit? Rugilah!"
"Mengapa makan sikit saja? Rugilah…".
Saya hanya senyum…andai dia tahu saya hadir sebenarnya hanya kerana silatulrahim…
October 6th, 2006 at 8:16 am
I have the same feeling about the food buffet, especially for ‘berbuka puasa’. I made my observations and conclusion since I was sent to boarding school that it goes against most of what our religion is trying to teach us about fasting.
What’s more sad about our times is that this ibadah is being commercialized.
October 9th, 2006 at 12:50 am
Saya banyak menerima jemputan berbuka puasa secara buffet dan anehnya sebelum berbuka nafsu ini ingin merasa semua makanan yang terhidang. Setelah berbuka, saya hanya mampu makan nasi dan dua tiga jenis lauk sahaja. Cuma air bertambah dua gelas.